Umrah Ziarah
Umrah Ziarah Uzbekistan
- Samarkand
- Registan
- Jejak Sejarah Islam
RINGKASAN PERJALANAN
Apa yang anda perlu tahu.
TEMPOH PERJALANAN
PENERBANGAN
HOTEL UTAMA / MAKKAH
HOTEL MADINAH
HIDANGAN
HIGHLIGHT PAKEJ
- Harga, penerbangan, hotel dan jadual akhir tertakluk pengesahan.
Harga mengikut jenis bilik
| Musim | Berempat | Bertiga | Berdua |
|---|---|---|---|
| Harga bermula | 9,490 | 10,090 | 10,690 |
Antara yang termasuk
- Bimbingan Pasukan Perjalanan
- Penginapan mengikut atur cara
- Hidangan mengikut pakej
Tidak termasuk / tambahan
- Perbelanjaan peribadi
- Aktiviti pilihan dan caj tambahan di luar pakej
SEBELUM ANDA MELANGKAH
Atur Cara Umrah Ziarah Uzbekistan
KUALA LUMPUR – TASHKENT
-
Bertolak dari Kuala Lumpur
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – TASHKENT
-
Tiba di Tashkent
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent.
-
Daftar masuk hotel & istirahat
Bertolak ke hotel, daftar masuk (check-in) dan istirahat.
TASHKENT – GUNUNG CHIMGAN
-
Sarapan di hotel
Sarapan di hotel.
-
Pergunungan Chimgan
Bergerak ke Pergunungan Chimgan.
-
Kompleks resort Amirsoy / Chinorkent
Mengunjungi kompleks resort Amirsoy / Chinorkent.
Nikmati waktu lapang dengan panorama indah pergunungan dan danau semula jadi bernama Charwak.
-
Makan tengah hari
Makan tengah hari di kawasan resort.
-
Pulang ke Tashkent & solat Zohor
Pulang ke Tashkent dan solat Zohor.
-
Makan malam di Magic City Park
Makan malam di Restoran Magic City Park.
-
Kembali ke hotel
Bertolak pulang ke hotel.
TASHKENT – SAMARKAND
-
Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
-
Kereta api Afrosiyob ke Samarkand
Bertolak ke Samarkand dengan kereta api cepat Afrosiyob.
-
Kompleks Imam Ismail Bukhari
Mengunjungi Kompleks Imam Ismail Bukhari.
Ilmuwan dunia Islam yang sangat dihormati, seorang muhaddis (pengumpul ucapan dan cerita tentang Nabi Muhammad S.A.W.).
-
Registan Square
Mengunjungi Registan Square di kota kuno Samarkand.
Dataran ini terkenal di seluruh dunia dengan himpunan seni bina besar yang menjadi monumen seni bina oriental.
Madrasah Ulungbek.
Madrasah Sher Dor.
Madrasah Tillya-Kori.
-
Kembali ke Tashkent
Perjalanan kembali ke Tashkent.
-
Makan malam
Makan malam di restoran.
-
Kembali ke hotel & istirahat
Pulang ke hotel dan istirahat.
TASHKENT – JEDDAH
-
Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
-
Tempat-tempat suci di Tashkent
Mengunjungi tempat-tempat suci di Tashkent.
-
Pasar Charsu
Mengunjungi Pasar Charsu, yang dianggap sebagai salah satu pasar tertua.
-
Bergambar di Amir Temur Square
Singgah bergambar (photo stop) di Amir Temur Square.
Di tengah-tengah dataran terdapat monumen Amir Temur, pengasas negara Uzbekistan serta panglima besar dan negarawan abad ke-14.
-
Kompleks Hazrati Imam
Lawatan ke Kompleks Hazrati Imam.
Di sini anda dapat melihat mushaf tertua Uzbekistan dan peninggalan umat Islam yang terkenal, iaitu Al-Quran Rasm Uthmani.
-
Makan tengah hari
Makan tengah hari di Restoran Central Asia Pilaf.
-
Masjid Minor & solat jamak
Lawatan ke salah satu masjid terindah di Tashkent, Masjid Minor (Masjid Putih), untuk solat jamak.
-
Penerbangan ke Jeddah
Bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk perjalanan ke Jeddah.
JEDDAH – MEKAH
-
Tiba di Jeddah
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah.
-
Ke Mekah & daftar masuk hotel
Menuju ke Mekah dan daftar masuk hotel.
-
Umrah pertama
Menunaikan umrah pertama (umrah wajib).
MEKAH
-
Aktiviti bebas
Aktiviti bebas.
MEKAH
-
Ziarah Hudaibiyah & Miqat Hudaibiyah
Ziarah Hudaibiyah dan Miqat Hudaibiyah (umrah ketiga).
MEKAH – MADINAH
-
Daftar keluar hotel Mekah
Daftar keluar hotel di Mekah.
-
Bergerak ke Madinah
Bergerak menuju ke Madinah.
-
Daftar masuk hotel Madinah
Daftar masuk hotel di Madinah.
MADINAH
-
Ziarah dalam Madinah
Ziarah dalam Madinah.
-
Perkuburan Baqi’
Ziarah Perkuburan Baqi’.
-
Saqifah Bani Saidah
Ziarah Saqifah Bani Saidah.
MADINAH
-
Ziarah luar Madinah
Ziarah luar Madinah.
-
Uhud
Ziarah Uhud.
-
Masjid Qiblatain
Ziarah Masjid Qiblatain.
-
Masjid Quba
Ziarah Masjid Quba.
MADINAH – JEDDAH
-
Daftar keluar hotel Madinah
Daftar keluar hotel di Madinah.
-
Ke Lapangan Terbang Jeddah
Bergerak menuju ke Lapangan Terbang Jeddah.
-
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
Perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
JEDDAH – KUALA LUMPUR
-
Tiba di Kuala Lumpur
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
SEBELUM ANDA MELANGKAH
Terma & Syarat
DEPOSIT PELANCONGAN
a. Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM1000 bagi setiap Peserta.
b. Deposit mesti dibayar sebagai fi penempahan secara penuh sewaktu Peserta mendaftar dengan Syarikat.
Ð EMBAYARAN BAKI PAKEJ
a. Pembayaran ansuran secara bulanan adalah dibenarkan.
b. Pembayaran haruslah dibuat sekurang-kurangnya 70% dari harga pakej 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
c. 100% pembayaran hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh
d. Jika tempahan dibuat kurang dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Peserta wajib untuk membayar harga penuh pakej.
e. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan tempahan dan perlucutan deposit.
PERUBAHAN PAKEJ OLEH PESERTA
a. Sebarang perubahan kepada tempahan termasuk tetap terhad kepada pertukaran tarikh penerbangan, peserta, jenis pakej atau perubahan dokumen perjalanan, hendaklah dibuat oleh Peserta sekurang kurangnya 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.
b. Peserta boleh membuat perubahan secara percuma untuk kali pertama.
c. Caj pindaan akan dikenakan sebanyak RM150 seorang bagi setiap perubahan seterusnya.
d. Sebarang perubahan yang dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam klausa 3(a) akan dikenakan penalti sebanyak RM500
e. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 10 hari bekerja sebelum tarikh berlepas kecuali dibenarkan oleh Syarikat.
f. Sebarang perubahan yang dibuat pada saat akhir, Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pindaan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.
g. Semua permintaan pindaan adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat dan ketersediaan perkhidmatan dan tiada jaminan sepenuhnya bahawa sebarang pindaan tersebut boleh dilaksanakan.
h. Perubahan kepada keseluruhan tempahan akan dianggap sebagai pembatalan tempahan asal dan akan dikenakan caj pembatalan seperti yang tertakluk dalam Klausa 5.
PERUBAHAN OLEH SYARIKAТ
a. Syarikat berhak secara penuh untuk membuat sebarang perubahan ke atas tarikh, atur cara dan butiran perjalanan termasuk tetapi tidak terhad kepada hotel, penerbangan dan susunan perjalanan.
b. Penerbangan
i. Syarikat berhak untuk membuat perubahan ke atas syarikat penerbangan kepada yang setaraf, sekiranya tiada kekosongan.
ii. Syarikat juga berhak untuk menukar nombor penerbangan, laluan serta masa perlepasan dan ketibaan, tertakluk kepada ketersediaan.
c. Hotel dan Penginapan
i. Jenis bilik adalah berdasarkan quad, triple atau double di mana peserta hendaklah menetapkan jenis bilik yang dikehendaki semasa pendaftaran.
ii. Setiap tempahan bilik adalah tertakluk kepada kekosongan jenis bilik yang disediakan oleh Syarikat.
iii. Syarikat berhak untuk menukar jenis penginapan hotel yang dijanjikan dengan jenis penginapan hotel lain yang setaraf sekiranya tiada kekosongan.
iv. Syarikat juga berhak untuk menaik taraf bilik (bersama penambahan wang), mahupun menurun taraf bilik (bersama pengembalian wang) mengikut kekosongan sedia ada.
d. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penganjur serta perubahan SOP semasa oleh Kerajaan Saudi.
e. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada Peserta lebih awal melainkan berlakunya keadaan luar kawalan seperti perubahan polisi hotel, penerbangan atau pihak berkuasa tempatan.
PEMBATALAN PAKEJ OLEH PESERTA
a. Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj berjumlah RM500 sebagai kos pengurusan.
b. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh penerbangan, Peserta akan dikenakan caj seperti berikut:
| 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Pelucutan deposit pendaftaran |
| 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% dari tambang pelancongan |
| 08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% dari tambang pelancongan |
| 03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 70% dari tambang pelancongan |
| 02 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 100% dari tambang pelancongan |
c. Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pembatalan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.
PEMBATALAN PAKEJ OLEH SYARIKAT
a. Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana pakej pelancongan yang telah ditempah oleh Peserta atas sebab-sebab munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada:
i. berlakunya kejadian Force Majeure;
ii. pembatalan dari syarikat penerbangan;
iii. isu keselamatan; atau
iv. arahan dari pihak berkuasa.
i. Syarikat tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan mana-mana kewajipan berkaitan pakej pelancongan, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud:
ii. peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;
iii. pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;
iv. bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;
v. letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan-kimia atau radiasi;
vi. tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
vii. rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau
viii. sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-mana Pihak.
c. Jika pembatalan dibuat di bawah klausa 6(b) di atas, semua hak dan tanggungjawab Syarikat berkaitan pakej pelancongan ini akan terhenti. peserta tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Syarikat. Kedua-dua pihak tidak lagi bertanggungjawab terhadap satu sama lain melainkan berkaitan perkara yang telah berlaku atau liabiliti yang sudah wujud sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.
d. Tertakluk kepada klausa 6(a) di atas, Syarikat berhak mengesyorkan pakej alternatif, termasuk dan tidak terhad kepada pakej ke destinasi yang sama dengan tarikh yang berlainan atau pakej ke destinasi yang lain dengan tarikh yang sama atau berlainan.
e. Sekiranya Peserta tidak menerima tawaran pakej alternatif yang disyorkan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada Peserta selepas ditolak caj berikut:
i. fi pentadbiran sebanyak RM500
ii. apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan (jika ada); dan
iii. sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Syarikat kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga (jika ada).
PENGEMBALIAN DEPOSIT
a. Sebarang pengembalian deposit akan mengambil tempoh 2 bulan dari tarikh borang pengembalian deposit dan selepas penolakan kos pengurusan dibuat.
PENOLAKAN VISA ATAU DOKUMEN PERJALANAN
a. Jika permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan oleh Peserta ditolak, atau terdapat sekatan perjalanan ke luar negara ke atas Peserta, caj pembatalan di bawah klausa 4 adalah tertakluk.
b. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, pampasan, atau bayaran balik sekiranya Peserta tidak dibenarkan keluar negara atau masuk ke negara yang dilawati kerana masalah dokumen perjalanan, barangan haram, atau tindakan/kelakuan Peserta yang dianggap menyalahi peraturan oleh pihak berkuasa.
HARGA PAKEJ
a. Harga yang dipamerkan adalah harga pada masa penerbitan dan mengikut bilangan jemaah seramai 25 orang minimum.
b. Setiap harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel dan cukai kerajaan Saudi dan Malaysia.
c. Syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej mengikut kenaikan harga semasa dan juga kekurangan jumlah minimum jemaah.
d. Sebarang makluman akan dimaklumkan melalui notis awal kepada peserta.
AKUAN
a. Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab untuk perkhidmatan yang disediakan, termasuk pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, seperti yang dinyatakan dalam brosur. Jika Pesuruhjaya Pelancongan mendapati perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang dijanjikan dalam brosur atau perjanjian, Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai.
b. Peserta dengan ini bersetuju bahawa mereka akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang kerugian yang dialami Syarikat daripada perkara yang timbul akibat kegagalan atau kecuaian Peserta dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat ini
c. Setelah mendaftar, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan semua Terma dan syarat ini tanpa sebarang pengecualian
SEBELUM ANDA MELANGKAH
Checklist Umrah
Perbetulkan Niat
- Minta bantuan Allah dari sebarang tipu daya & penyesatan Syaitan
- Satukan Allah & ketepikan ciptaan yang lain
- Tanya diri kenapa kita pergi menunaikan umrah, sebagai ibadah kepada Allah
- Minta perlindungan dari Allah dari kejahatan diri kita sendiri
- Perbanyakkan zikir dan istighfar
- Ulang kesemua langkah ini sebanyak yang mungkin
LANGKAH PERTAMA BERMULA DI SINI
Jom rancang
perjalanan anda.
Ceritakan tarikh, bajet dan keperluan anda.
Kami bantu cari pilihan yang bersesuaian.