MUSLIM TOUR
Istanbul & Turkiye
- Istanbul
- Bursa
- Cappadocia
RINGKASAN PERJALANAN
Apa yang anda perlu tahu.
TEMPOH PERJALANAN
PENERBANGAN
HOTEL UTAMA / MAKKAH
HIDANGAN
HIGHLIGHT PAKEJ
Antara yang termasuk
- Bimbingan Pasukan Perjalanan
- Penginapan mengikut atur cara
- Hidangan mengikut pakej
Tidak termasuk / tambahan
- Perbelanjaan peribadi
- Aktiviti pilihan dan caj tambahan di luar pakej
SEBELUM ANDA MELANGKAH
Terma & Syarat
DEPOSIT PELANCONGAN
a. Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM1000 bagi setiap Peserta.
b. Deposit mesti dibayar sebagai fi penempahan secara penuh sewaktu Peserta mendaftar dengan Syarikat.
Ð EMBAYARAN BAKI PAKEJ
a. Pembayaran ansuran secara bulanan adalah dibenarkan.
b. Pembayaran haruslah dibuat sekurang-kurangnya 70% dari harga pakej 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
c. 100% pembayaran hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh
d. Jika tempahan dibuat kurang dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Peserta wajib untuk membayar harga penuh pakej.
e. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan tempahan dan perlucutan deposit.
PERUBAHAN PAKEJ OLEH PESERTA
a. Sebarang perubahan kepada tempahan termasuk tetap terhad kepada pertukaran tarikh penerbangan, peserta, jenis pakej atau perubahan dokumen perjalanan, hendaklah dibuat oleh Peserta sekurang kurangnya 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.
b. Peserta boleh membuat perubahan secara percuma untuk kali pertama.
c. Caj pindaan akan dikenakan sebanyak RM150 seorang bagi setiap perubahan seterusnya.
d. Sebarang perubahan yang dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam klausa 3(a) akan dikenakan penalti sebanyak RM500
e. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 10 hari bekerja sebelum tarikh berlepas kecuali dibenarkan oleh Syarikat.
f. Sebarang perubahan yang dibuat pada saat akhir, Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pindaan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.
g. Semua permintaan pindaan adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat dan ketersediaan perkhidmatan dan tiada jaminan sepenuhnya bahawa sebarang pindaan tersebut boleh dilaksanakan.
h. Perubahan kepada keseluruhan tempahan akan dianggap sebagai pembatalan tempahan asal dan akan dikenakan caj pembatalan seperti yang tertakluk dalam Klausa 5.
PERUBAHAN OLEH SYARIKAТ
a. Syarikat berhak secara penuh untuk membuat sebarang perubahan ke atas tarikh, atur cara dan butiran perjalanan termasuk tetapi tidak terhad kepada hotel, penerbangan dan susunan perjalanan.
b. Penerbangan
i. Syarikat berhak untuk membuat perubahan ke atas syarikat penerbangan kepada yang setaraf, sekiranya tiada kekosongan.
ii. Syarikat juga berhak untuk menukar nombor penerbangan, laluan serta masa perlepasan dan ketibaan, tertakluk kepada ketersediaan.
c. Hotel dan Penginapan
i. Jenis bilik adalah berdasarkan quad, triple atau double di mana peserta hendaklah menetapkan jenis bilik yang dikehendaki semasa pendaftaran.
ii. Setiap tempahan bilik adalah tertakluk kepada kekosongan jenis bilik yang disediakan oleh Syarikat.
iii. Syarikat berhak untuk menukar jenis penginapan hotel yang dijanjikan dengan jenis penginapan hotel lain yang setaraf sekiranya tiada kekosongan.
iv. Syarikat juga berhak untuk menaik taraf bilik (bersama penambahan wang), mahupun menurun taraf bilik (bersama pengembalian wang) mengikut kekosongan sedia ada.
d. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penganjur serta perubahan SOP semasa oleh Kerajaan Saudi.
e. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada Peserta lebih awal melainkan berlakunya keadaan luar kawalan seperti perubahan polisi hotel, penerbangan atau pihak berkuasa tempatan.
PEMBATALAN PAKEJ OLEH PESERTA
a. Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj berjumlah RM500 sebagai kos pengurusan.
b. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh penerbangan, Peserta akan dikenakan caj seperti berikut:
| 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Pelucutan deposit pendaftaran |
| 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% dari tambang pelancongan |
| 08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% dari tambang pelancongan |
| 03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 70% dari tambang pelancongan |
| 02 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 100% dari tambang pelancongan |
c. Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pembatalan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.
PEMBATALAN PAKEJ OLEH SYARIKAT
a. Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana pakej pelancongan yang telah ditempah oleh Peserta atas sebab-sebab munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada:
i. berlakunya kejadian Force Majeure;
ii. pembatalan dari syarikat penerbangan;
iii. isu keselamatan; atau
iv. arahan dari pihak berkuasa.
i. Syarikat tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan mana-mana kewajipan berkaitan pakej pelancongan, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud:
ii. peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;
iii. pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;
iv. bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;
v. letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan-kimia atau radiasi;
vi. tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
vii. rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau
viii. sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-mana Pihak.
c. Jika pembatalan dibuat di bawah klausa 6(b) di atas, semua hak dan tanggungjawab Syarikat berkaitan pakej pelancongan ini akan terhenti. peserta tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Syarikat. Kedua-dua pihak tidak lagi bertanggungjawab terhadap satu sama lain melainkan berkaitan perkara yang telah berlaku atau liabiliti yang sudah wujud sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.
d. Tertakluk kepada klausa 6(a) di atas, Syarikat berhak mengesyorkan pakej alternatif, termasuk dan tidak terhad kepada pakej ke destinasi yang sama dengan tarikh yang berlainan atau pakej ke destinasi yang lain dengan tarikh yang sama atau berlainan.
e. Sekiranya Peserta tidak menerima tawaran pakej alternatif yang disyorkan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada Peserta selepas ditolak caj berikut:
i. fi pentadbiran sebanyak RM500
ii. apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan (jika ada); dan
iii. sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Syarikat kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga (jika ada).
PENGEMBALIAN DEPOSIT
a. Sebarang pengembalian deposit akan mengambil tempoh 2 bulan dari tarikh borang pengembalian deposit dan selepas penolakan kos pengurusan dibuat.
PENOLAKAN VISA ATAU DOKUMEN PERJALANAN
a. Jika permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan oleh Peserta ditolak, atau terdapat sekatan perjalanan ke luar negara ke atas Peserta, caj pembatalan di bawah klausa 4 adalah tertakluk.
b. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, pampasan, atau bayaran balik sekiranya Peserta tidak dibenarkan keluar negara atau masuk ke negara yang dilawati kerana masalah dokumen perjalanan, barangan haram, atau tindakan/kelakuan Peserta yang dianggap menyalahi peraturan oleh pihak berkuasa.
HARGA PAKEJ
a. Harga yang dipamerkan adalah harga pada masa penerbitan dan mengikut bilangan jemaah seramai 25 orang minimum.
b. Setiap harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel dan cukai kerajaan Saudi dan Malaysia.
c. Syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej mengikut kenaikan harga semasa dan juga kekurangan jumlah minimum jemaah.
d. Sebarang makluman akan dimaklumkan melalui notis awal kepada peserta.
AKUAN
a. Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab untuk perkhidmatan yang disediakan, termasuk pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, seperti yang dinyatakan dalam brosur. Jika Pesuruhjaya Pelancongan mendapati perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang dijanjikan dalam brosur atau perjanjian, Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai.
b. Peserta dengan ini bersetuju bahawa mereka akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang kerugian yang dialami Syarikat daripada perkara yang timbul akibat kegagalan atau kecuaian Peserta dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat ini
c. Setelah mendaftar, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan semua Terma dan syarat ini tanpa sebarang pengecualian
SEBELUM ANDA MELANGKAH
Atur Cara Muslim Tour Istanbul
KUALA LUMPUR – ISTANBUL – BURSA (MM)
- Bertolak dari Kuala Lumpur
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Istanbul.
- Tiba di Istanbul
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul.
- Bermalam di Bursa
Bermalam di hotel di Bursa.
- Makan malam di Bursa
Makan malam di Bursa.
BURSA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
- Lawatan di Bursa
Lawatan ke Masjid Hijau, Makam Hijau, Bazaar Sutera dan Uthmaniyyah House.
- Bergerak ke Pamukkale
Bergerak menuju ke Pamukkale.
- Bandar purba Hierapolis & Pamukkale
Melawat bandar purba Hierapolis, di kawasan yang kini dikenali sebagai Pamukkale.
Air panas berkapur mengalir menuruni tebing dan membentuk travertin yang menarik dalam bentuk teres putih dan lembangan.
- Daftar masuk hotel
Bergerak pulang ke hotel untuk daftar masuk.
- Makan malam
Makan malam di hotel.
PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
- Perjalanan menuju ke Konya
Melalui landskap yang menarik sambil melihat kehidupan petani di sepanjang perjalanan.
- Makan tengah hari
Makan tengah hari dalam perjalanan sebelum tiba di Konya.
- Konya & Bandar Mevlana
Konya merupakan pusat Empayar Seljuk.
Melawat Bandar Mevlana yang terkenal dengan tarian Sufi.
- Muzium Mevlana
Melawat Muzium Mevlana.
- Terus ke Cappadocia
Bergerak meneruskan perjalanan ke Cappadocia.
CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
- Kaymakli Underground City
Melawat Kaymakli Underground City, tempat masyarakat Kristian awal tinggal secara rahsia untuk hidup dan beribadat.
- Valley of the Birds & Istana Uchisar
Bergambar di Valley of the Birds serta di kaki Istana Uchisar.
- Gereja ukiran batu
Melawat gereja yang diukir pada batu gunung berapi.
- Goreme Open Air Museum
Melawat Goreme Open Air Museum.
- Pigeon Valley
Melawat Pigeon Valley.
- Makan tengah hari di Avanos Village
Makan tengah hari di Avanos Village.
- Kembali ke hotel
Bergerak pulang ke hotel.
- Makan malam di Cappadocia
Makan malam di Cappadocia.
CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi & daftar keluar
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
- Menuju ke Ankara
Bergerak ke Ankara, ibu negara Turki.
- Makam Mustaffa Kamal Ataturk
Melawat Makam Mustaffa Kamal Ataturk, Bapa Turki Moden.
Seni bina makam menampilkan gaya yang berbeza dan mewakili pelbagai tamadun Anatolia.
- Bergerak ke Bolu
Bergerak menuju ke Bolu.
- Daftar masuk hotel
Daftar masuk hotel.
- Makan malam
Makan malam di restoran.
BOLU – ISTANBUL (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi
Sarapan di hotel.
- Urusan daftar hotel
Daftar hotel sebelum meneruskan perjalanan.
- Menuju ke Istanbul
Bergerak menuju ke Istanbul.
- Masjid Baru Ayub Al Ansari
Melawat Masjid Baru Ayub Al Ansari.
- Masjid Rustempasa
Melawat Masjid Rustempasa.
- Bazar Rempah
Melawat Bazar Rempah.
- Makan tengah hari
Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Makan malam
Makan malam di restoran tempatan.
- Daftar masuk hotel & berehat
Daftar masuk hotel dan berehat.
ISTANBUL (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
- Bosphorus Cruise
Memulakan perjalanan dengan menaiki Bosphorus Cruise.
- Hagia Sophia
Melawat Hagia Sophia yang menampilkan keindahan seni bina agung.
Monumen ini penting kepada kedua-dua kerajaan, iaitu Byzantine dan Uthmaniyyah.
- Hippodrome — Istanbul Byzantine
Hippodrome menjadi pusat politik dan aktiviti sukan pada zaman pemerintahan Constantinople.
Tempat ini turut menjadi lokasi acara sukan dan rusuhan sepanjang 500 tahun sejarah Uthmaniyyah.
Turut dikenali sebagai At Meydani, berdasarkan fungsinya pada zaman Empayar Uthmaniyyah.
- Masjid Biru
Kemudian melawat Masjid Biru.
- Topkapi Palace
Melawat Topkapi Palace, istana terbesar dan salah satu tempat lawatan paling popular di Istanbul.
- Membeli-belah di Grand Bazar
Membeli-belah di Grand Bazar, pasar tertutup yang tertua dan terbesar.
Terdapat sekitar 3,000 kedai dengan pelbagai pilihan barangan.
- Makan malam
Makan malam di restoran tempatan.
- Kembali ke hotel & berehat
Kembali ke hotel dan berehat.
ISTANBUL (SP)
- Sarapan pagi
Sarapan di hotel.
- Daftar keluar hotel
Daftar keluar hotel.
- Acara bebas
Acara bebas sebelum dihantar ke lapangan terbang.
- Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR (KLIA)
- Tiba di Kuala Lumpur
Tiba di Lapangan Terbang KLIA dengan kenangan terindah.
LANGKAH PERTAMA BERMULA DI SINI
Jom rancang
perjalanan anda.
Ceritakan tarikh, bajet dan keperluan anda.
Kami bantu cari pilihan yang bersesuaian.