MUSLIM TOUR

Kashmir, Agra & Delhi

Srinagar · Gulmarg · Pahalgam

HARGA BERMULA / SEORANG

RM5,970

Tertakluk musim & jenis bilik

RINGKASAN PERJALANAN

Apa yang anda perlu tahu.

TEMPOH PERJALANAN

8 hari 7 malam

PENERBANGAN

Malaysia Airlines

HOTEL UTAMA / MAKKAH

Hotel mengikut atur cara; sahkan nama dengan pegawai

HIDANGAN

Fullboard mengikut atur cara
Harga, penerbangan, hotel dan jadual akhir tertakluk pengesahan.

Antara yang termasuk

Tidak termasuk / tambahan

SEBELUM ANDA MELANGKAH

Terma & Syarat

a. Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM1000 bagi setiap Peserta.

b. Deposit mesti dibayar sebagai fi penempahan secara penuh sewaktu Peserta mendaftar dengan Syarikat.

a. Pembayaran ansuran secara bulanan adalah dibenarkan.

b. Pembayaran haruslah dibuat sekurang-kurangnya 70% dari harga pakej 60 hari sebelum tarikh penerbangan.

c. 100% pembayaran hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh

d. Jika tempahan dibuat kurang dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Peserta wajib untuk membayar harga penuh pakej.

e. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan tempahan dan perlucutan deposit.

a. Sebarang perubahan kepada tempahan termasuk tetap terhad kepada pertukaran tarikh penerbangan, peserta, jenis pakej atau perubahan dokumen perjalanan, hendaklah dibuat oleh Peserta sekurang kurangnya 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.

b. Peserta boleh membuat perubahan secara percuma untuk kali pertama.

c. Caj pindaan akan dikenakan sebanyak RM150 seorang bagi setiap perubahan seterusnya.

d. Sebarang perubahan yang dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam klausa 3(a) akan dikenakan penalti sebanyak RM500

e. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 10 hari bekerja sebelum tarikh berlepas kecuali dibenarkan oleh Syarikat.

f. Sebarang perubahan yang dibuat pada saat akhir, Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pindaan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.

g. Semua permintaan pindaan adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat dan ketersediaan perkhidmatan dan tiada jaminan sepenuhnya bahawa sebarang pindaan tersebut boleh dilaksanakan.

h. Perubahan kepada keseluruhan tempahan akan dianggap sebagai pembatalan tempahan asal dan akan dikenakan caj pembatalan seperti yang tertakluk dalam Klausa 5.

a. Syarikat berhak secara penuh untuk membuat sebarang perubahan ke atas tarikh, atur cara dan butiran perjalanan termasuk tetapi tidak terhad kepada hotel, penerbangan dan susunan perjalanan.

b. Penerbangan

i. Syarikat berhak untuk membuat perubahan ke atas syarikat penerbangan kepada yang setaraf, sekiranya tiada kekosongan.

ii. Syarikat juga berhak untuk menukar nombor penerbangan, laluan serta masa perlepasan dan ketibaan, tertakluk kepada ketersediaan.

c. Hotel dan Penginapan

i. Jenis bilik adalah berdasarkan quad, triple atau double di mana peserta hendaklah menetapkan jenis bilik yang dikehendaki semasa pendaftaran.

ii. Setiap tempahan bilik adalah tertakluk kepada kekosongan jenis bilik yang disediakan oleh Syarikat.

iii. Syarikat berhak untuk menukar jenis penginapan hotel yang dijanjikan dengan jenis penginapan hotel lain yang setaraf sekiranya tiada kekosongan.

iv. Syarikat juga berhak untuk menaik taraf bilik (bersama penambahan wang), mahupun menurun taraf bilik (bersama pengembalian wang) mengikut kekosongan sedia ada.

d. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penganjur serta perubahan SOP semasa oleh Kerajaan Saudi.

e. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada Peserta lebih awal melainkan berlakunya keadaan luar kawalan seperti perubahan polisi hotel, penerbangan atau pihak berkuasa tempatan.


a. Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj berjumlah RM500 sebagai kos pengurusan.

b. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh penerbangan, Peserta akan dikenakan caj seperti berikut:

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepasPelucutan deposit pendaftaran
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas35% dari tambang pelancongan
08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas50% dari tambang pelancongan
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas70% dari tambang pelancongan
02 hari bekerja sebelum tarikh berlepas100% dari tambang pelancongan

c. Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pembatalan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.

a. Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana pakej pelancongan yang telah ditempah oleh Peserta atas sebab-sebab munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada:

i. berlakunya kejadian Force Majeure;

ii. pembatalan dari syarikat penerbangan;

iii. isu keselamatan; atau

iv. arahan dari pihak berkuasa.

i. Syarikat tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan mana-mana kewajipan berkaitan pakej pelancongan, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud:

ii. peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;

iii. pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;

iv. bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;

v. letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan-kimia atau radiasi;

vi. tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

vii. rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau

viii. sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-mana Pihak.

c. Jika pembatalan dibuat di bawah klausa 6(b) di atas, semua hak dan tanggungjawab Syarikat berkaitan pakej pelancongan ini akan terhenti. peserta tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Syarikat. Kedua-dua pihak tidak lagi bertanggungjawab terhadap satu sama lain melainkan berkaitan perkara yang telah berlaku atau liabiliti yang sudah wujud sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.

d. Tertakluk kepada klausa 6(a) di atas, Syarikat berhak mengesyorkan pakej alternatif, termasuk dan tidak terhad kepada pakej ke destinasi yang sama dengan tarikh yang berlainan atau pakej ke destinasi yang lain dengan tarikh yang sama atau berlainan.

e. Sekiranya Peserta tidak menerima tawaran pakej alternatif yang disyorkan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada Peserta selepas ditolak caj berikut:

i. fi pentadbiran sebanyak RM500

ii. apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan (jika ada); dan

iii. sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Syarikat kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga (jika ada).

a. Sebarang pengembalian deposit akan mengambil tempoh 2 bulan dari tarikh borang pengembalian deposit dan selepas penolakan kos pengurusan dibuat.

a. Jika permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan oleh Peserta ditolak, atau terdapat sekatan perjalanan ke luar negara ke atas Peserta, caj pembatalan di bawah klausa 4 adalah tertakluk.

b. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, pampasan, atau bayaran balik sekiranya Peserta tidak dibenarkan keluar negara atau masuk ke negara yang dilawati kerana masalah dokumen perjalanan, barangan haram, atau tindakan/kelakuan Peserta yang dianggap menyalahi peraturan oleh pihak berkuasa.

a. Harga yang dipamerkan adalah harga pada masa penerbitan dan mengikut bilangan jemaah seramai 25 orang minimum.

b. Setiap harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel dan cukai kerajaan Saudi dan Malaysia.

c. Syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej mengikut kenaikan harga semasa dan juga kekurangan jumlah minimum jemaah.

d. Sebarang makluman akan dimaklumkan melalui notis awal kepada peserta.

a. Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab untuk perkhidmatan yang disediakan, termasuk pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, seperti yang dinyatakan dalam brosur. Jika Pesuruhjaya Pelancongan mendapati perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang dijanjikan dalam brosur atau perjanjian, Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai.

b. Peserta dengan ini bersetuju bahawa mereka akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang kerugian yang dialami Syarikat daripada perkara yang timbul akibat kegagalan atau kecuaian Peserta dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat ini

c. Setelah mendaftar, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan semua Terma dan syarat ini tanpa sebarang pengecualian

SEBELUM ANDA MELANGKAH

Atur Cara Muslim Tour Kashmir, Agra & Delhi

  • Bertolak dari Kuala Lumpur

    Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

  • Tiba di Srinagar

    Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Srinagar.

  • Daftar masuk hotel & istirahat

    Bertolak ke hotel, daftar masuk (check-in) dan istirahat.

  • Lawatan petang ke Taman Mughal

    Pada waktu petang, lawatan bersiar-siar ke Taman Mughal, meliputi:

    Cheshmashahi (Mata Air Diraja).

    Nishat (Taman Kegembiraan).

    Shalimar (Kediaman Cinta).

  • Hazratbal Shrine

    Melawat masjid putih yang terkenal, Hazratbal Shrine.

  • Bermalam di hotel

    Bermalam di hotel.

  • Sarapan pagi

    Sarapan di hotel.

  • Pahalgam — Perkampungan Para Gembala

    Bergerak ke Pahalgam yang dikenali sebagai Perkampungan Para Gembala.

  • Ladang safron

    Mengunjungi ladang safron yang terkenal di dunia.

  • Pony Ride — perbelanjaan sendiri

    Menunggang kuda (pony ride) dengan perbelanjaan sendiri.

  • Lembah Baisaran

    Melawat Lembah Baisaran, dikenali sebagai Mini Switzerland Kashmir.

  • Kembali ke Srinagar

    Bertolak pulang ke Srinagar.

  • Kembali ke hotel

    Bertolak pulang ke hotel.

  • Sarapan pagi

    Sarapan pagi di hotel.

  • Gulmarg — Padang Bunga

    Bertolak ke Gulmarg, dikenali sebagai Padang Bunga (Meadow of Flowers).

    Gulmarg terkenal dengan padang golf pada musim panas, antara padang golf 18 lubang tertinggi di dunia.

    Kawasan ini juga terkenal dengan resort ski yang popular pada musim sejuk.

  • Gondola Ride — perbelanjaan sendiri

    Mengunjungi Gondola Ride (kereta kabel) dengan perbelanjaan sendiri.

  • Kembali ke Srinagar

    Bertolak pulang ke Srinagar.

  • Singgah membeli-belah

    Dalam perjalanan, singgah untuk aktiviti membeli-belah.

  • Daftar masuk hotel

    Tiba di Srinagar dan daftar masuk hotel.

  • Bermalam di hotel

    Bermalam di hotel.

  • Sarapan pagi

    Sarapan pagi di hotel.

  • Sonamarg — Padang Emas

    Bertolak untuk lawatan sehari penuh ke Sonamarg, pada ketinggian 9,000 kaki dari aras laut, dikenali sebagai Padang Emas (The Golden Meadow).

    Sonamarg merupakan permulaan perjalanan yang mempesonakan ke alam semula jadi yang menakjubkan.

    Dikelilingi gunung-ganang setinggi sehingga 5,300 meter, lembah ini dibahagikan oleh jajaran Thajwas Range.

  • Masa bebas menikmati alam

    Masa bebas untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

  • Kembali ke Srinagar

    Bertolak pulang ke Srinagar.

  • Bermalam di Srinagar

    Bermalam di hotel di Srinagar.

  • Sarapan pagi

    Sarapan pagi di hotel.

  • Ke Lapangan Terbang Srinagar

    Bertolak ke Lapangan Terbang Srinagar.

  • Perjalanan ke Delhi

    Bergerak menuju ke Lapangan Terbang Delhi.

  • Tiba di Delhi

    Tiba di Lapangan Terbang Delhi pada hari yang sama.

  • Menuju ke Agra

    Bergerak menuju ke Agra.

  • Lawatan tempatan di Agra

    Lawatan bersiar-siar tempatan di Agra.

  • Daftar masuk hotel

    Daftar masuk hotel.

  • Bermalam di Agra

    Bermalam di hotel di Agra.

  • Sarapan pagi

    Sarapan pagi di hotel.

  • Daftar keluar hotel

    Daftar keluar hotel.

  • Lawatan bandar Agra

    Lawatan bandar Agra, meliputi:

    Taj Mahal.

    Agra Fort.

    Makam Itmad-ud-Daula.

  • Bertolak ke Delhi

    Seterusnya bertolak ke Delhi.

  • Daftar masuk hotel Delhi

    Tiba di Delhi dan daftar masuk hotel.

  • Bermalam di Delhi

    Bermalam di hotel di Delhi.

  • Sarapan pagi

    Sarapan pagi di hotel.

  • Lawatan bersiar-siar di Delhi

    Bertolak untuk lawatan bersiar-siar tempatan di Delhi, meliputi:

    Lal Quila (Red Fort).

    Rashtrapati Bhavan.

    Raj Ghat.

    Qutub Minar.

    India Gate.

  • Membeli-belah di Pasar Sarojini

    Singgah di Pasar Sarojini untuk aktiviti membeli-belah.

  • Ke Lapangan Terbang Delhi

    Bertolak ke Lapangan Terbang Delhi.

  • Tiba di Kuala Lumpur

    Tiba di Lapangan Terbang KLIA.

LANGKAH PERTAMA BERMULA DI SINI

Jom rancang
perjalanan anda.

Ceritakan tarikh, bajet dan keperluan anda.
Kami bantu cari pilihan yang bersesuaian.

Scroll to Top