MUSLIM TOUR
Uzbekistan
- Tashkent
- Bukhara
- Samarkand
RINGKASAN PERJALANAN
Apa yang anda perlu tahu.
TEMPOH PERJALANAN
PENERBANGAN
HOTEL UTAMA / MAKKAH
HIDANGAN
HIGHLIGHT PAKEJ
Antara yang termasuk
- Bimbingan Pasukan Perjalanan
- Penginapan mengikut atur cara
- Hidangan mengikut pakej
Tidak termasuk / tambahan
- Perbelanjaan peribadi
- Aktiviti pilihan dan caj tambahan di luar pakej
SEBELUM ANDA MELANGKAH
Terma & Syarat
DEPOSIT PELANCONGAN
a. Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM1000 bagi setiap Peserta.
b. Deposit mesti dibayar sebagai fi penempahan secara penuh sewaktu Peserta mendaftar dengan Syarikat.
Ð EMBAYARAN BAKI PAKEJ
a. Pembayaran ansuran secara bulanan adalah dibenarkan.
b. Pembayaran haruslah dibuat sekurang-kurangnya 70% dari harga pakej 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
c. 100% pembayaran hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh
d. Jika tempahan dibuat kurang dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, Peserta wajib untuk membayar harga penuh pakej.
e. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan tempahan dan perlucutan deposit.
PERUBAHAN PAKEJ OLEH PESERTA
a. Sebarang perubahan kepada tempahan termasuk tetap terhad kepada pertukaran tarikh penerbangan, peserta, jenis pakej atau perubahan dokumen perjalanan, hendaklah dibuat oleh Peserta sekurang kurangnya 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.
b. Peserta boleh membuat perubahan secara percuma untuk kali pertama.
c. Caj pindaan akan dikenakan sebanyak RM150 seorang bagi setiap perubahan seterusnya.
d. Sebarang perubahan yang dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam klausa 3(a) akan dikenakan penalti sebanyak RM500
e. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 10 hari bekerja sebelum tarikh berlepas kecuali dibenarkan oleh Syarikat.
f. Sebarang perubahan yang dibuat pada saat akhir, Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pindaan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.
g. Semua permintaan pindaan adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat dan ketersediaan perkhidmatan dan tiada jaminan sepenuhnya bahawa sebarang pindaan tersebut boleh dilaksanakan.
h. Perubahan kepada keseluruhan tempahan akan dianggap sebagai pembatalan tempahan asal dan akan dikenakan caj pembatalan seperti yang tertakluk dalam Klausa 5.
PERUBAHAN OLEH SYARIKAТ
a. Syarikat berhak secara penuh untuk membuat sebarang perubahan ke atas tarikh, atur cara dan butiran perjalanan termasuk tetapi tidak terhad kepada hotel, penerbangan dan susunan perjalanan.
b. Penerbangan
i. Syarikat berhak untuk membuat perubahan ke atas syarikat penerbangan kepada yang setaraf, sekiranya tiada kekosongan.
ii. Syarikat juga berhak untuk menukar nombor penerbangan, laluan serta masa perlepasan dan ketibaan, tertakluk kepada ketersediaan.
c. Hotel dan Penginapan
i. Jenis bilik adalah berdasarkan quad, triple atau double di mana peserta hendaklah menetapkan jenis bilik yang dikehendaki semasa pendaftaran.
ii. Setiap tempahan bilik adalah tertakluk kepada kekosongan jenis bilik yang disediakan oleh Syarikat.
iii. Syarikat berhak untuk menukar jenis penginapan hotel yang dijanjikan dengan jenis penginapan hotel lain yang setaraf sekiranya tiada kekosongan.
iv. Syarikat juga berhak untuk menaik taraf bilik (bersama penambahan wang), mahupun menurun taraf bilik (bersama pengembalian wang) mengikut kekosongan sedia ada.
d. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penganjur serta perubahan SOP semasa oleh Kerajaan Saudi.
e. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada Peserta lebih awal melainkan berlakunya keadaan luar kawalan seperti perubahan polisi hotel, penerbangan atau pihak berkuasa tempatan.
PEMBATALAN PAKEJ OLEH PESERTA
a. Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj berjumlah RM500 sebagai kos pengurusan.
b. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh penerbangan, Peserta akan dikenakan caj seperti berikut:
| 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Pelucutan deposit pendaftaran |
| 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% dari tambang pelancongan |
| 08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% dari tambang pelancongan |
| 03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 70% dari tambang pelancongan |
| 02 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 100% dari tambang pelancongan |
c. Peserta hendaklah menanggung sepenuhnya sebarang kos tambahan yang timbul akibat pembatalan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, atau mana-mana pihak ketiga.
PEMBATALAN PAKEJ OLEH SYARIKAT
a. Syarikat berhak untuk membatalkan mana-mana pakej pelancongan yang telah ditempah oleh Peserta atas sebab-sebab munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada:
i. berlakunya kejadian Force Majeure;
ii. pembatalan dari syarikat penerbangan;
iii. isu keselamatan; atau
iv. arahan dari pihak berkuasa.
i. Syarikat tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan mana-mana kewajipan berkaitan pakej pelancongan, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud:
ii. peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;
iii. pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;
iv. bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;
v. letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan-kimia atau radiasi;
vi. tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
vii. rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau
viii. sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-mana Pihak.
c. Jika pembatalan dibuat di bawah klausa 6(b) di atas, semua hak dan tanggungjawab Syarikat berkaitan pakej pelancongan ini akan terhenti. peserta tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Syarikat. Kedua-dua pihak tidak lagi bertanggungjawab terhadap satu sama lain melainkan berkaitan perkara yang telah berlaku atau liabiliti yang sudah wujud sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.
d. Tertakluk kepada klausa 6(a) di atas, Syarikat berhak mengesyorkan pakej alternatif, termasuk dan tidak terhad kepada pakej ke destinasi yang sama dengan tarikh yang berlainan atau pakej ke destinasi yang lain dengan tarikh yang sama atau berlainan.
e. Sekiranya Peserta tidak menerima tawaran pakej alternatif yang disyorkan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada Peserta selepas ditolak caj berikut:
i. fi pentadbiran sebanyak RM500
ii. apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan (jika ada); dan
iii. sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Syarikat kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga (jika ada).
PENGEMBALIAN DEPOSIT
a. Sebarang pengembalian deposit akan mengambil tempoh 2 bulan dari tarikh borang pengembalian deposit dan selepas penolakan kos pengurusan dibuat.
PENOLAKAN VISA ATAU DOKUMEN PERJALANAN
a. Jika permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan oleh Peserta ditolak, atau terdapat sekatan perjalanan ke luar negara ke atas Peserta, caj pembatalan di bawah klausa 4 adalah tertakluk.
b. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk sebarang kos, pampasan, atau bayaran balik sekiranya Peserta tidak dibenarkan keluar negara atau masuk ke negara yang dilawati kerana masalah dokumen perjalanan, barangan haram, atau tindakan/kelakuan Peserta yang dianggap menyalahi peraturan oleh pihak berkuasa.
HARGA PAKEJ
a. Harga yang dipamerkan adalah harga pada masa penerbitan dan mengikut bilangan jemaah seramai 25 orang minimum.
b. Setiap harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel dan cukai kerajaan Saudi dan Malaysia.
c. Syarikat berhak untuk menaikkan harga pakej mengikut kenaikan harga semasa dan juga kekurangan jumlah minimum jemaah.
d. Sebarang makluman akan dimaklumkan melalui notis awal kepada peserta.
AKUAN
a. Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab untuk perkhidmatan yang disediakan, termasuk pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, seperti yang dinyatakan dalam brosur. Jika Pesuruhjaya Pelancongan mendapati perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang dijanjikan dalam brosur atau perjanjian, Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai.
b. Peserta dengan ini bersetuju bahawa mereka akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang kerugian yang dialami Syarikat daripada perkara yang timbul akibat kegagalan atau kecuaian Peserta dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat ini
c. Setelah mendaftar, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan semua Terma dan syarat ini tanpa sebarang pengecualian
SEBELUM ANDA MELANGKAH
Atur Cara Muslim Tour Uzbekistan
KUALA LUMPUR – TASHKENT
- Bertolak dari Kuala Lumpur
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Tiba di Tashkent
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent.
- Daftar masuk hotel
Bertolak ke hotel, check in dan istirahat.
TASHKENT – BUKHARA
- Sarapan di hotel
Sarapan di hotel.
- Bergerak ke Bukhara
Bergerak ke Bukhara.
- Makan tengah hari
Makan tengah hari di restoran Uzbekistan.
- Makam Ismail Samanid
Mengunjungi Makam Ismail Samanid.
- Makam Chasmai Ayub
Mengunjungi Makam Chasmai Ayub.
- Masjid Bolo Havuz
Mengunjungi Masjid Bolo Havuz.
- Istana Ark Citadel, Bukhara
Mengunjungi Istana Ark Citadel di Bukhara.
- Kompleks Poyi Kaylan & Madrasah Mir Arab
Mengunjungi Kompleks Poyi Kaylan dan Madrasah Mir Arab.
- Makan malam & persembahan kebudayaan (Folk Show)
Makan malam bersama persembahan kebudayaan (Folk Show).
Program ini mempamerkan tarian tradisional dari pelbagai wilayah di Uzbekistan, termasuk tarian kebangsaan Uzbekistan.
- Pulang ke hotel
Bergerak pulang ke hotel.
BUKHARA – SAMARKAND
- Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
- Kompleks & Makam Bahauddin Naqshband
Mengunjungi Kompleks dan Makam Bahauddin Naqshband.
Kompleks peringatan tokoh Sufi agung, Sheikh Bahauddin Naqshband, pengasas tarekat Naqshbandiyyah.
- Kubah Perdagangan Laluan Sutera Purba
Mengunjungi Kubah Perdagangan Laluan Sutera Purba.
Masa membeli-belah: sutera semula jadi, permaidani cantik, pakaian tradisional ikat dan cenderamata.
- Madrasah Abdulaziz Khan
Mengunjungi Madrasah Abdulaziz Khan.
- Makan tengah hari
Makan tengah hari di restoran.
- Perjalanan ke Samarkand — Afrosiyob
Perjalanan ke Samarkand menaiki kereta api cepat Afrosiyob.
- Makan malam di Samarkand
Makan malam di restoran di Samarkand.
- Daftar masuk hotel
Bertolak ke hotel dan daftar masuk (check-in).
- Bermalam di Samarkand
Bermalam di Samarkand.
SAMARKAND
- Sarapan pagi
Sarapan pagi di hotel.
- Kompleks Memorial Imam Ismail Al-Bukhari
Mengunjungi Kompleks Memorial Imam Ismail Al-Bukhari.
Imam Ismail Al-Bukhari merupakan seorang ilmuwan besar dan sangat dihormati dalam dunia Islam, seorang muhaddith (pengumpul hadis Rasulullah ï·º).
- Dataran Registan
Lawatan ke Dataran Registan, merangkumi:
Madrasah Ulugbek.
Madrasah Sher Dor.
Masjid Tillya-Kori.
- Makan tengah hari
Makan tengah hari.
- Nekropolis Shakhi Zinda
Lawatan ke Nekropolis Shakhi Zinda.
Kompleks ini menempatkan kira-kira 20 buah makam dari pelbagai zaman yang dibina antara abad ke-11 hingga ke-19.
- Masjid Bibi Khanum
Lawatan ke Masjid Bibi Khanum.
- Pasar Siyab
Lawatan ke Pasar Siyab.
- Makan malam
Makan malam di restoran.
- Bermalam di Samarkand
Bermalam di Samarkand.
SAMARKAND – TASHKENT
- Sarapan pagi & daftar keluar
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar (check-out).
- Makam Gur Emir
Mengunjungi Makam Gur Emir.
Kompleks agung ini merangkumi khanaka, Madrasah Muhammad Sultan (cucu kepada Amir Timur), serta makam Amir Timur (Tamerlane) dan para keturunannya.
- Balai Cerap Mirzo Ulugh Beg
Mengunjungi Balai Cerap Mirzo Ulugh Beg.
Balai cerap ini dibina pada tahun 1420-an oleh ahli astronomi Dinasti Timurid, Ulugh Beg.
- Makam Abu Mansur Muhammad Ibn Al-Maturidi (870–944)
Mengunjungi Makam Abu Mansur Muhammad Ibn Al-Maturidi (870–944).
Beliau merupakan seorang tokoh teologi Islam yang masyhur, pakar fiqh (undang-undang Islam).
- Makan tengah hari
Makan tengah hari di restoran.
- Perjalanan ke Tashkent — Afrosiyob
Perjalanan ke Tashkent menaiki kereta api laju Afrosiyob.
- Makan malam di Tashkent
Makan malam di restoran atau di hotel di Tashkent.
TASHKENT – CHIMGAN MOUNTAIN
- Sarapan pagi & daftar keluar
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar (check-out).
- Pergunungan Chimgan
Mengunjungi Pergunungan Chimgan.
- Kompleks Baharu Amirsoy
Lawatan ke Kompleks Baharu Amirsoy.
Amirsoy merupakan sebuah kawasan peranginan salji yang luas (hampir 900 hektar) dan terletak di daerah Bostanlik, wilayah Tashkent.
- Makan tengah hari
Makan tengah hari di restoran kawasan resort.
- Pulang ke Tashkent
Bertolak pulang ke Tashkent.
- Makan malam & berjalan malam
Makan malam di Restoran Ramiz, diikuti dengan berjalan malam di Bandar Baharu Tashkent atau Taman Magic City sambil menikmati keindahan pemandangan waktu malam.
- Kembali ke hotel
Kembali ke hotel.
TASHKENT – LAPANGAN TERBANG
- Sarapan pagi & daftar keluar
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar (check-out).
- Kompleks Hazrat Imam
Mengunjungi tempat-tempat suci di Tashkent: Kompleks Hazrat Imam.
Di sini tersimpan manuskrip Al-Quran tertua di Uzbekistan, iaitu Mushaf Uthmani (abad ke-7).
- Dataran Amir Temur
Lawatan ke Dataran Amir Temur. Di tengah-tengah dataran ini terletak monumen Amir Temur, seorang panglima dan negarawan agung abad ke-14.
- Makan tengah hari
Makan tengah hari di Pilaf Center.
- Masjid Minor (Masjid Putih)
Lawatan ke Masjid Minor (Masjid Putih), salah satu masjid tercantik di Tashkent, untuk solat Zohor.
- Membeli-belah di Pasar Chorsu
Masa membeli-belah di Pasar Chorsu, antara bazar tertua di Asia Tengah.
- Makan malam, nasyid & selawat
Makan malam dan persembahan nasyid serta selawat di Restoran Nur Malaysia.
- Bertolak ke lapangan terbang
Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa.
LANGKAH PERTAMA BERMULA DI SINI
Jom rancang
perjalanan anda.
Ceritakan tarikh, bajet dan keperluan anda.
Kami bantu cari pilihan yang bersesuaian.